Weekend lepas cik Lina memang sangat busy handle 2 kelas membuat sabun organik dan natural. Sampai bila kita nak disogokkan bahan kimia toksid untuk badan kita. Kulit kita ni memang jenis penyerap. Ia akan menyerap apa sahaja yang kita letak atau sapu. lebih-lebih lagi ada research mengatakan triclosan, iaitu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam sabun anti bacterial boleh menyebabkan kerosakan kulit.
Atas keprihatinan Cik Lina tentang perkara ni, cik lina ambil inisiatif untuk mengajar membuat sabun, cara penggunaan dan kelebihannya. student-student cik lina
semuanya happening!! bukan setakat mereka je dapat ilmu, cik lina pun banyak belajar dari mereka. alhamdulillah... Nanti cik lina akan arrange kelas scrub, mask, krim, balm dan lain2 .. semoga semua mendapat manfaat..
salam semanis senyumanku,
cik lina
I am a wife of KK and TTC-mom. Happily married for almost 4years now and still counting. My parents are the main reason why I have to be strong (even though I always been a baby (big) girl to them). I am blessed with having great people around me and keep in a positive circle :) :) :)
Sunday, 19 June 2016
Saturday, 18 June 2016
PUASA
Teringat bulan puasa empat tahun lepas. Masa tu puasa di negara orang (chocoland) 18 jam tu... waktu musim
panas. well, memang sangat panas. ada one time tu, suhu mencecah ke 42 darjah celcius. terlalu kering. plus, rumah xde aircond. kipas macammana pun panas juga. lebih-lebih lagi duduk atas loteng studio. ala-ala rapunzel gitu.
Tapi Allah maha berkuasa. Alhamdulillah, takde rasa masalah pun. walaupun tak reti masak dan MALAS MASAK, makan nasi +telur mata+ ikan bilis kicap dah bersyukur sangat. minum air kosong je. sahur pula, minum air dan kurma sebab kenyang berbuka masih berbaki. memang berat badan turun mendadak 🙊
bila seminggu nak raya, terpikirla mak ayah sedara mara di kampung. sedapke diorang makan. bestnya makan rendang. nak makan tp tak pndai. pernah mencuba tapi rasa kelaut 😬😬
Akhirnya msg bff yang duduk di negara sebelah (cheeseland). gigihlah naik train 3 jam setengah ke sana. rindu. bff pun masakkan rendang untuk berbuka. Ya Allah, sedapnya... Nikmat tu, makan perlahan-lahan supaya rasa tu terpahat di otak. uhuhuhu..
Bila di perantauan, cik lina banyak menggunakan daya imaginasi untuk
makan. kalau cik lina buat nasi goreng, cuba bayangkan rasanya
macam nasi briyani dan ayam
masak merah. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Macamtulah asam garam di perantauan, banyak yang indah.. banyak juga kenangan pahitnya.. semuanya cik lina simpan sebagai pengalaman terindah.
Friday, 17 June 2016
Post Cik Lina yang Pertama 👯
Tiada apa yang bermula tanpa langkah pertama..
Sudah lama niat Cik Lina untuk menulis blog. Bila adik bagi semangat, berkobar - kobar pulak untuk menulis. hehehe.. Insha Allah, Cik Lina akan berkongsi pengalaman dan pengajaran dalam blog Cik Lina ni.. ❤️❤️
Salam Semanis Senyumanku,
Cik Lina
Sudah lama niat Cik Lina untuk menulis blog. Bila adik bagi semangat, berkobar - kobar pulak untuk menulis. hehehe.. Insha Allah, Cik Lina akan berkongsi pengalaman dan pengajaran dalam blog Cik Lina ni.. ❤️❤️
Salam Semanis Senyumanku,
Cik Lina
Subscribe to:
Comments (Atom)