Saturday, 15 April 2017

Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu.

Untuk post kali ini, cik lina share post KK di facebook beliau. Cik lina sangat berinspirasi apa yang beliau ingin kecapi. *tears* *proud wife* Mesti tak percaya, KK dulu sangat bam bam kan? haha.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANGANKU SETINGGI KINABALU
Aku sebenarnya tak boleh move on lagi dengan pengalaman aku mendaki Gunung Kinabalu. Mungkin ada orang yang akan kata “Alaa… baru setakat Gunung Kinabalu, belum lagi Gunung Chimborazo atau Gunung Everest.” Tapi bagi aku, pada 5 tahun dulu, memang MUSTAHIL la untuk sampai puncak!! Tengoklah saiz badan aku dulu, memang tak arrr.


Masa mendaki hari tu, memang mengah lar. Setiap langkah demi langkah dari pondok ke Laban Rata, ingatan aku kembali 5 tahun dulu. Ala, time aku gemok. Setiap malam sebelum tidur, aku selalu berangan, Ya Allah, bila aku bangun, aku nak kurus. Gerenti hensem dan macho abis la aku.
Aku pun nak berfesyen. Berangan masa window shopping dapat pakai baju ni, baju tu, seluar ni, seluar tu. Takde maknalah aku beli. Mana ada saiz wooi. Tempat aku kat bundle jah. Kalau banyak berangan, memang tak guna kalau tak buat. Berangan sampai mati. Bila aku holiday dengan family aku di Sabah (masa gemok), aku renung je Kinabalu tu. Kecik besor kecik besor je. Aku dah start berangan nak berada di puncak Kinabalu. Aku mesti sampai atas!

KK di tengah :p

encem gak walau bam bam
Aku berjaya naik sampai Laban Rata. Aku nervous sangat sampai sedikit panik. Sampai ke tidak aku ke puncak nanti. Kulit badan aku dah start kering dan gatal. Seb baik, bini aku bekalkan ECZY Dermatouch Balm. Kononnya, untuk reduce heat dan keradangan. Pastu kulit jadi tak kering dan gatal kat atas ni. Ala, aku nak cite panjang pun aku tak reti. Bini aku yang suh selit cite pasal pakai Eczy Dermatouch Balm ni. B menurut perintah ya. Kuikuikui.



Balik cite pasal daki Kinabalu. Kitorang start daki dari Laban Rata ke puncak pukul 2.30 pagi. Aku ada dengar cite dari kawan-kawan aku yang mendaki, ada yang tak sampai puncak walaupun dah dekat. Sebab hati dah nyumpah2. Bukan fizikal je kena fit, tapi mental. Sama juga masa nak kurus.
Nak kurus memang senang, makan je pil kurus, atau sapu sapu terus kurus. Tapi, nak sihat bukan senang. Badan nak FIT. Maintain KURUS. Nak SIHAT. Mental kena KENTAL woo… Hari-hari kuatkan semangat, aku boleh KURUS. Pujuk hati, jangan makan memacam. Makan benda elok ja. EXERCISE. dan yang penting, KONSISTEN. Banyak orang fail dalam konsisten ni.





Lagi 400meter nak sampai ke puncak Kinabalu, adik aku mula (kami mendaki bersama) dah tak larat. Dia kata dia dah reached his limit. “Boy tunggu Abang Alik kat sini. Abang Alik teruskanlah.” Sayu hati nak tinggalkan dia. Plan dah lama, perjalanan pun dah jauh. Bukannya Kinabalu ni kat belakang rumah. Aku tak sampai hati nak pentingkan diri sendiri. Aku nak kami sama-sama sampai ke puncak dan bangga dengan pencapaian diri.
Aku cakap pelan-pelan dengan dia, “Abang tak kan tinggalkan ko. Takpe, kita gerak slow, asalkan terus bergerak.” Alhamdulillah, dia kumpulkan semangat dan terus melangkah. Aku kagum dengan kegigihan dia.


Teringat masa nak kurus, sumpah nak give up! Mama aku tak pernah putus bagi semangat, Kevin Zahri ‘basuh’ aku dan aku terinspirasi dari orang yang dah berjaya kurus terutamanya dari rancangan the biggest loser. Huhuhu. Keep going beb.
Perasaan sampai puncak? SYAHDU bila kenangkan anganku pada 5 tahun dulu. Aku bangga dengan si gemok gedempol 140kg yang berjaya bertindak dulu. Yang mengusik jiwa aku, liku-liku perjalanan untuk menuju ke tempat dituju, dan ofkos dengan izin ALLAH.
Aku percaya semua orang boleh merealisasikan angan-angan, tapi mesti bermula dengan TINDAKAN.


cenggitulah pengalaman KK masa naik gunung kinabalu. Untuk tengok post tu balik, boleh ⇉KLIK SINI⇇

P/S: bila sejuk-sejuk, memang kulit cepat kering. sebab tu KK pakai Eczy Dermatouch Balm. Maklumat lanjut boleh ⇉KLIK SINI⇇

Thursday, 13 April 2017

Additive atau bahan tambahan buat ekzema jadi lebih teruk.

Siapa sangka, apa yang kita makan hari-hari, sangat lah tidak berkhasiat. *nangis darah*.

KK pernah cakap dengan cik lina, suatu malam sebelum tidur.

"Sayang, dulu B sebelum tidur, selalu berangan akan kurus." Masa tu, memang KK gemok montel. 140kg gitu. Berat sekarang 68kg. *eh nanti cik lina share la cerita KK kurus k.

"So, apa B buat?" Masa ni memang cik lina dah bersedia tadah telinga untuk mendengar lecture KK berkenaan kesihatan, pemakanan dan lifestyle yang sihat dengan bersenam.

"Memang susah memula. tapi perkara pertama KK buat, adalah stop makan processed food."

Betul KK cakap, kita banyak bergantung pada processed food. Apa tu processed food? Ala, makanan yang bertin, berkotak, berpaket dan makanan segera tu. Sebagai perempuan yang pemalas  yang agak rajin tetapi tak pandai selalu masak makanan segera je kan. Contohnya sardin dalam tin tu. Kalau goreng masak kicap, perghhh sedap!

Kenapa additive dan bahan tambahan ni tak elok? sebabnya ada bahan tambahan dalam kandungan makanan tersebut. Bahan tambahan ni gunanya untuk mengawet makanan lebih lama, menyedapkan, mengentalkan kuah atau sos ataupun bagi colour makanan tu cantik dan menyelerakan?

cer tengok makanan tambahan di bawah ni ↓↓↓


Patutlah ekzema tak nak elok kan? atau asyik on-off ya. betulke kita betul-betul jaga apa kita makan? Sebelum beli makanan, check dulu bahan-bahannya. janganlah hentam kromo je k. 

Bila nutritionist asyik mention "eat real food", cik lina dah fikir, makanan dalam tin pun makanan juga kan? kan? ye la, cik lina boleh hidup makan sardin dalam tin seumur hidup kot. erk.. memang tak lah. cik lina sayang body. haha. bahan tambahan ni boleh jadi toksin dalam badan. bila dah banyak toksin, apa berlaku agak-agaknya? Hati dan buah pinggang boleh rosak, woo. Ye la, dah overwork mengerjakan toksin tu kan?

p/s: ahaks. agak-agaknya, boleh tak kita berpantang makan benda di atas selamanya? 

Nak tahu pelembap untuk rawat ekzema paling best? boleh ⬌KLIK SINI ⬌

Sunday, 19 June 2016

KELAS MEMBUAT SABUN ORGANIK DAN NATURAL

Weekend lepas cik Lina memang sangat busy handle 2 kelas membuat sabun organik dan natural. Sampai bila kita nak disogokkan bahan kimia toksid untuk badan kita. Kulit kita ni memang jenis penyerap. Ia akan menyerap apa sahaja yang kita letak atau sapu. lebih-lebih lagi ada research mengatakan triclosan, iaitu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam sabun anti bacterial boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Atas keprihatinan Cik Lina tentang perkara ni, cik lina ambil inisiatif untuk mengajar membuat sabun, cara penggunaan dan kelebihannya. student-student cik lina
semuanya happening!! bukan setakat mereka je dapat ilmu, cik lina pun banyak belajar dari mereka. alhamdulillah... Nanti cik lina akan arrange kelas scrub, mask, krim, balm dan lain2 .. semoga semua mendapat manfaat..

salam semanis senyumanku,
cik lina





Saturday, 18 June 2016

PUASA







Teringat bulan puasa empat tahun lepas. Masa tu puasa di negara orang (chocoland) 18 jam tu... waktu musim
panas. well, memang sangat panas. ada one time tu, suhu mencecah ke 42 darjah celcius. terlalu kering. plus, rumah xde aircond. kipas macammana pun panas juga. lebih-lebih lagi duduk atas loteng studio. ala-ala rapunzel gitu.

Tapi Allah maha berkuasa. Alhamdulillah, takde rasa masalah pun. walaupun tak reti masak dan MALAS MASAK, makan nasi +telur mata+ ikan bilis kicap dah bersyukur sangat. minum air kosong je. sahur pula, minum air dan kurma sebab kenyang berbuka masih berbaki. memang berat badan turun mendadak 🙊

bila seminggu nak raya, terpikirla mak ayah sedara mara di kampung. sedapke diorang makan. bestnya makan rendang. nak makan tp tak pndai. pernah mencuba tapi rasa kelaut 😬😬

Akhirnya msg bff yang duduk di negara sebelah (cheeseland). gigihlah naik train 3 jam setengah ke sana. rindu. bff pun masakkan rendang untuk berbuka. Ya Allah, sedapnya... Nikmat tu, makan perlahan-lahan supaya rasa tu terpahat di otak. uhuhuhu..

Bila di perantauan, cik lina banyak menggunakan daya imaginasi untuk
makan. kalau cik lina buat nasi goreng, cuba bayangkan rasanya
macam nasi briyani dan ayam
masak merah. 😭😭😭

Macamtulah asam garam di perantauan, banyak yang indah.. banyak juga kenangan pahitnya.. semuanya cik lina simpan sebagai pengalaman terindah.

Friday, 17 June 2016

Post Cik Lina yang Pertama 👯

Tiada apa yang bermula tanpa langkah pertama..

Sudah lama niat Cik Lina untuk menulis blog. Bila adik bagi semangat, berkobar - kobar pulak untuk menulis. hehehe.. Insha Allah, Cik Lina akan berkongsi pengalaman dan pengajaran dalam blog Cik Lina ni.. ❤️❤️


Salam Semanis Senyumanku,
Cik Lina